PADANG BESAR, PERLIS. Pelajar Badan Beruniform Pandu Puteri Siswi, DZW120, telah mengadakan Program Kembara Taman Darul Aman. Program ini telah dianjurkan oleh Patrol Cempaka pada 27 Januari 2019 bertempat di Tasik Jitra, Darulaman Park, Jitra, Kedah dan dihadiri seramai 40 orang pelajar Pandu Puteri Siswi. Program yang berlangsung selama sehari ini padat dengan aktiviti seperti senamrobik, wall climbing, flying fox dan sukaneka. Program riadah ini merupakan satu program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan jurulatih dan dikendalikan oleh jurulatih yang dilantik iaitu, Puan Azlina Abd. Aziz.
PADANG BESAR, PERLIS. Pelajar Badan Beruniform Pandu Puteri Siswi, DZW120, telah mengadakan Program Gotong-Royong dan Aktiviti Riadah. Program ini telah dianjurkan oleh Patrol Teratai pada 19 Januari 2019 bertempat di Kampus UniMAP Uniciti Alam, Sg. Chuchuh, Padang Besar, Perlis dan dihadiri seramai 40 orang pelajar Pandu Puteri Siswi. Program yang berlangsung selama sehari ini padat dengan aktiviti seperti senamrobik, gotong-royong, pencarian harta karun dan perlawanan persahabatan futsal. Program riadah ini merupakan satu program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan jurulatih dan dikendalikan oleh jurulatih yang dilantik iaitu, Puan Azlina Abd. Aziz.
SG. BATU PAHAT PERLIS. Pelajar Badan Beruniform Kumpulan Latihan Kelana Siswa Malaysia (KLKM), DZW112, telah mengadakan Program Eksplorasi Pengakap Kelana dengan kerjasama Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam padat dengan aktiviti seperti ikhtiar hidup dan masakan rimba, gotong-royong membersihkan kawasan kem dan masjid, pengembaraan kecil di sekitar kawasan perkampungan berhampiran dan aktiviti berkumpulan. Program eksplorasi kemahiran merupakan satu program yang bertujuan untuk menguji tahap ahli kelana dalam melaksanakan kemahiran kepengakapan. Program ini dikendalikan oleh jurulatih yang dilantik iaitu, Cik Maslina Mahadi dan dihadiri oleh seramai 75 orang pelajar KLKM.
17 November 2018 (Sabtu) - Bertempat di Kompleks DK1, DK2 & BK9 Kampus Uniciti UniMAP, Perlis telah diadakan Program Young Mercy Outdoor Simulation 2018 dengan kerjasama Mercy Malaysia. Seminar ini melibatkan seramai 243 orang pelajar dan 3 orang jurulatih Young Mercy UniMAP. Program ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai persediaan dan keperluan dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan melalui latihan aktiviti membangunkan hospital lapangan bagi Pasukan Perubatan KEcemasan (Emergency Medical Team-EMT) dan juga pengurusan dalam menyampaikan sesuatu misi bantuan melalui aktiviti PEngurusan Logistik Bantuan Kemanusiaan (HLRM-Humanitarian Logistic Response Management). Selain dari itu, pelajar juga perlu mematuhi kod etika kemanusiaan antarabangsa (The International Humanitarian Code of Conduct) yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UnitedNation) dalam menjalankan sesuatu misi kemanusiaan.
Antara objektif program ini ialah melahirkan pelajar yang berkeupayaan untuk berkomunikasi, memimpin & bekerja dengan berkesan dalam satu pasukan. Serta berkeupayaan untuk belajar, menyedari potensi, berfikir & mengakses maklumat untuk membuat keputusan yang berkesan disamping memperkayakan pemahaman dalam dunia yang pelbagai.
a. Pengenalan kepada peranan Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) di Hospital Lapangan
b. Mengaplikasikan penggunaan Kod Etika Kemanusiaan di hospital lapangan.
c. Memahami dan mempelajari Pengurusan Logistik Bantuan Kemanusiaan (HLRM) dalam melaksanakan sesuatu misi HLRM.
d. Memberi pendedahan kepada pelajar aktiviti pemasangan khemah T20 yang menjadi komponen fizikal bagi hospital lapangan.
01 Disember 2018 (Sabtu) - Bertempat di Kompleks Dewan Kuliah 1, Kampus UniMAP Pauh Putra, Perlis telah diadakan Seminar Young Mercy Basic Life Support 2018 dengan kerjasama Pusat Kesihatan UniMAP. Seminar ini melibatkan seramai 238 orang pelajar Young Mercy UniMAP, 3 orang jurulatih dan dibantu oleh 8 orang staf Pusat Kesihatan UniMAP. Program ini dianjurkan bagi mendedahkan pelajar Young Mercy dengan kemahiran pertolongan cemas agar para pelajar mempunyai kemahiran asas pertolongan cemas yang mana ianya amatlah diperlukan dalam menjalankan sesuatu misi kemanusiaan. Antara objektif seminar ini ialah malqhirkan pelajar yang berkeupayaan untuk menghadapi saat-saat kecemasan serta memiliki ilmu asas pertolongan:
a) Mendedahkan pelajar tentang kepentingan mempelajari ilmu pertolongan cemas.
b) Melahirkan pelajar yang berkemampuan menghadapi saat-saat kecemasan yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
c) Membentuk pelajar menjadi warganegara yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
d) Membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
08 September 2018 (Sabtu) - Bertempat di Kampus Uniciti Alam, Sg. Chuchuh, Padang Besar, Perlis telah diadakan Perkhemahan Sehari Pandu Puteri Siswi yang melibatkan seramai 24 orang pelajar Diploma Semester III 2018/2019. Program ini dibantu oleh jurulatih yang dilantik iaitu Pn. Mozlina Osman. Antara pengisian program ialah aktiviti pengembaraan melihat dan mencintai alam sekitar, kemahiran ilmu Pandu Puteri dalam unit beruniform dan kemahiran wanita sebagai tonggak pimpinan keluarga. Secara keseluruhannya, aktiviti Perkhemahan Sehari ini telah berjaya memupuk semangat cintakan kebersihan dan alam sekitar di samping mengeratkan hubungan erat sesama ahli Pandu Puteri Siswi.
KUALA PERLIS, 6 Okt (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dipilih sebagai universiti pertama ditawarkan kursus kokurikulum baharu iaitu Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang dikelolakan sepenuhnya oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APMM Datuk Abdul Rahman Mohammad berkata, buat permulaan seramai 50 anggota kadet telah dipilih menyertai pasukan itu bagi sesi pengambilan September lepas. "Penubuhan PASKAM bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peranan dan fungsi APMM dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia (ZMM)," katanya selepas merasmikan PASKAM UniMAP di Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis, di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum UniMAP Dr Faizul Che Pa dan Pengarah Maritim Kedah/Perlis Laksamana Pertama Rozali Mohd Said. Beliau berkata pembelajaran kokurikulum itu yang bermula hari ini merangkumi latihan selama tiga bulan membabitkan teori seperti ceramah berhubung peranan dan tugas APMM serta aktiviti fizikal seperti latihan kawad dan latihan renang. "Antara pendedahan melalui kursus ini ialah membangunkan kemahiran dalam bidang kelautan seperti renang dan menyelamat serta kepentingan memelihara sumber laut,” katanya.
-- BERNAMA
https://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1650516
08 September 2018 (Sabtu) - Bertempat di Padang Kawad Maktab Penjara Malayia, Kajang telah diadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) 2018 yang melibatkan 4 institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar (Ketua Pengarah Penjara Malaysia).
Pada majlis tersebut, saudara Muhamad Nazmi Hashim pelajar jurusan kejuruteraan polimer dari Universiti Malaysia Perlis telah dinobatkan sebagai pelatih terbaik keseluruhan. Pada sebelah petang, acara pertandingan menembak antara kadet-kadet telah dijalankan. Saudari Shuying Ang telah merangkul johan bagi acara menembak individu manakala pasukan kadet dari UniMAP telah merangkul johan bagi acara menembak jatuh piring.
Pada 11 Ogos 2018, seramai 68 orang pelajar Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (DZW311) telah mengadakan Aktiviti Air dan Gotong-Royong bertempat di Bukit Ayer Sg. Batu Pahat, Perlis. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar merasai pengalaman melibatkan diri dalam aktiviti air. Program ini dipimpin oleh jurulatih dilantik iaitu En. Syed Muhammad Mukhalis Syed Azizan.
Pada 11 Ogos 2018, seramai 80 orang pelajar Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (DZW111) telah mengadakan Eksplorasi Kemahiran Pengakap Kelana bertempat di Kem Pengakap Sg. Batu Pahat, Perlis. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang pengakap kelana melengkapkan lencana iaitu Lencana Kemahiran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Istiadat Pagi dan menaikkan bendera, ikhtiar hidup dan aktiviti masakan rimba, khidmat masyarakat dan pengembaraan kecil di sekitar kawasan perkampungan berhampiran. Program ini dipimpin oleh jurulatih dilantik iaitu Cik Maslina Mahadi.
Pada 11 dan 12 Ogos 2018, seramai 89 orang pelajar Pandu Puteri Siswi (DZW119 & DZW319) telah mengadakan Perkhemahan Pandu Puteri Siswi bertempat di Bukit Ayer, Sg. Batu Pahat, Perlis. Objektif program ini adalah untuk mendidik pelajar mengendali dan memimpin program dengan sendiri. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengenal alam hijau serta mempelajari dan mempraktikkan orientasi kompas. Program ini dipimpin oleh jurulatih dilantik iaitu Pn. Amriza Abdullah dan Pn. Azlina Abd. Aziz.
Pada 28 April 2018, para pelajar Ijazah St. John Ambulans Malaysia (UZW125) telah mengadakan program Day-Camp St John Ambulans bertempat di Gua Kelam, Perlis. Seramai 240 orang pelajar bersama 3 orang jurulatih terlibat dengan program itu. Pelaksanaan program ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara mahasiswa. Selain daripada memenuhi keperluan kursus dan dapat memberikan pengalaman baru kepada pelajar khasnya untuk menjadi seorang yang mahir dalam bidang pertolongan cemas satu hari kelak.
27 Ogos 2017 ( Ahad ) - Bertempat di Padang Kawad PULAPEN Perak, telah diadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Siswa Siswi Koreksional ( SISKOR ) Siri 1/2017 yang melibatkan 4 institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Utara Malaysia ( UUM ), universiti Sultan Zainal Abidin ( UNISZA ), Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP ) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ( UTHM ).
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar ( Ketua Pengarah Penjara Malaysia ) yang hadir bersama isteri YBhg. Datin Sri Hjh Noraini Binti Hj Man. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg. TKJP Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan & Koreksional), TKP Ku Nawawi bin Ku Hamid ( Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme ), Pengarah Penjara Negeri Perak, Pengarah-Pengarah Penjara Negeri, dan Pengarah-pengarah Institusi Penjara Zon Utara.
Penyerahan watikah serta pemakaian Pangkat Kehormat SISKOR kepada 18 orang penerima turut disampaikan pada majlis tersebut, seterusnya penyampaian Piala Pusingan SISKOR kepada peserta-peserta terbaik.
Penerima-penerima anugerah:
1. Piala KJP Anugerah Terbaik Keseluruhan : Nursyameza Binti Shaharan (UniMAP).
2. Piala TKJP (Pengurusan) Anugerah Terbaik Kepimpinan : Ziyan Farah Nurain Binti Zainodin (UNISZA)
3. Piala TKJP Keselamatan & Koreksional Anugerah Terbaik Kemahiran & Teknikal : Nurul Aini Binti Mohd Kamal (UTHM)
4. Piala Pengarah Pembangunan Profesionalisme Anugerah Terbaik Kesukarelawanan : Nurul Najiha Binti Kamarunzaman (UUM)
Bagi memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan mahasiswa, seramai 400 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menyertai Program Jiwa Murni di Masjid Al-Rahmaniah di pada 20 Oktober 2017. Program dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu melibatkan aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan serta keceriaan landskap masjid melalui aktiviti mengecat dan baik pulih kemudahan asas. Pada program tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP dan Yang Dipertua MAIPs turut berkenan mencemar duli berangkat merasmikan program Jiwa Murni Palapes Unimap itu.