Thursday, 16 August 2018 16:06

Eksplorasi Kemahiran Pengakap Kelana

Written by
Rate this item
(0 votes)

Pada 11 Ogos 2018, seramai 80 orang pelajar Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (DZW111) telah mengadakan Eksplorasi Kemahiran Pengakap Kelana bertempat di Kem Pengakap Sg. Batu Pahat, Perlis. Objektif program ini adalah untuk memberi peluang pengakap kelana melengkapkan lencana iaitu Lencana Kemahiran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Istiadat Pagi dan menaikkan bendera, ikhtiar hidup dan aktiviti masakan rimba, khidmat masyarakat dan pengembaraan kecil di sekitar kawasan perkampungan berhampiran. Program ini dipimpin oleh jurulatih dilantik iaitu Cik Maslina Mahadi.

Read 726 times

News and Event

Latest