Thursday, 28 February 2019 11:43

Kembara Taman Darul Aman

Written by
Rate this item
(0 votes)

PADANG BESAR, PERLIS. Pelajar Badan Beruniform Pandu Puteri Siswi, DZW120, telah mengadakan Program Kembara Taman Darul Aman. Program ini telah dianjurkan oleh Patrol Cempaka pada 27 Januari 2019 bertempat di Tasik Jitra, Darulaman Park, Jitra, Kedah dan dihadiri seramai 40 orang pelajar Pandu Puteri Siswi. Program yang berlangsung selama sehari ini padat dengan aktiviti seperti senamrobik, wall climbing, flying  fox dan sukaneka. Program riadah ini merupakan satu program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan jurulatih dan dikendalikan oleh jurulatih yang dilantik iaitu, Puan Azlina Abd. Aziz. 

 

 

 

Read 632 times

News and Event

Latest