Thursday, 28 February 2019 11:14

Eksplorasi Kemahiran Pengakap Kelana

Written by
Rate this item
(0 votes)

SG. BATU PAHAT PERLIS. Pelajar Badan Beruniform Kumpulan Latihan Kelana Siswa Malaysia (KLKM), DZW112, telah mengadakan Program Eksplorasi Pengakap Kelana dengan kerjasama Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam padat dengan aktiviti seperti ikhtiar hidup dan masakan rimba, gotong-royong membersihkan kawasan kem dan masjid, pengembaraan kecil di sekitar kawasan perkampungan berhampiran dan aktiviti berkumpulan. Program eksplorasi kemahiran merupakan satu program yang bertujuan untuk menguji tahap ahli kelana dalam melaksanakan kemahiran kepengakapan. Program ini dikendalikan oleh jurulatih yang dilantik iaitu, Cik Maslina Mahadi dan dihadiri oleh seramai 75 orang pelajar KLKM. 

 

 

 

Read 610 times Last modified on Thursday, 28 February 2019 11:32

News and Event

Latest