08 September 2018 (Sabtu) - Bertempat di Padang Kawad Maktab Penjara Malayia, Kajang telah diadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) 2018 yang melibatkan 4 institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar (Ketua Pengarah Penjara Malaysia).
Pada majlis tersebut, saudara Muhamad Nazmi Hashim pelajar jurusan kejuruteraan polimer dari Universiti Malaysia Perlis telah dinobatkan sebagai pelatih terbaik keseluruhan. Pada sebelah petang, acara pertandingan menembak antara kadet-kadet telah dijalankan. Saudari Shuying Ang telah merangkul johan bagi acara menembak individu manakala pasukan kadet dari UniMAP telah merangkul johan bagi acara menembak jatuh piring.