01 Disember 2018 (Sabtu) - Bertempat di Kompleks Dewan Kuliah 1, Kampus UniMAP Pauh Putra, Perlis telah diadakan Seminar Young Mercy Basic Life Support 2018 dengan kerjasama Pusat Kesihatan UniMAP. Seminar ini melibatkan seramai 238 orang pelajar Young Mercy UniMAP, 3 orang jurulatih dan dibantu oleh 8 orang staf Pusat Kesihatan UniMAP. Program ini dianjurkan bagi mendedahkan pelajar Young Mercy dengan kemahiran pertolongan cemas agar para pelajar mempunyai kemahiran asas pertolongan cemas yang mana ianya amatlah diperlukan dalam menjalankan sesuatu misi kemanusiaan. Antara objektif seminar ini ialah malqhirkan pelajar yang berkeupayaan untuk menghadapi saat-saat kecemasan serta memiliki ilmu asas pertolongan:
a) Mendedahkan pelajar tentang kepentingan mempelajari ilmu pertolongan cemas.
b) Melahirkan pelajar yang berkemampuan menghadapi saat-saat kecemasan yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
c) Membentuk pelajar menjadi warganegara yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
d) Membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.