Print this page
Thursday, 28 February 2019 11:33

Program Gotong-Royong dan Aktiviti Riadah

Written by
Rate this item
(0 votes)

PADANG BESAR, PERLIS. Pelajar Badan Beruniform Pandu Puteri Siswi, DZW120, telah mengadakan Program Gotong-Royong dan Aktiviti Riadah. Program ini telah dianjurkan oleh Patrol Teratai pada 19 Januari 2019 bertempat di Kampus UniMAP Uniciti Alam, Sg. Chuchuh, Padang Besar, Perlis dan dihadiri seramai 40 orang pelajar Pandu Puteri Siswi. Program yang berlangsung selama sehari ini padat dengan aktiviti seperti senamrobik, gotong-royong, pencarian harta karun dan perlawanan persahabatan futsal. Program riadah ini merupakan satu program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan jurulatih dan dikendalikan oleh jurulatih yang dilantik iaitu, Puan Azlina Abd. Aziz. 

Read 556 times
PusatKOK

Latest from PusatKOK