08 September 2018 (Sabtu) - Bertempat di Kampus Uniciti Alam, Sg. Chuchuh, Padang Besar, Perlis telah diadakan Perkhemahan Sehari Pandu Puteri Siswi yang melibatkan seramai 24 orang pelajar Diploma Semester III 2018/2019. Program ini dibantu oleh jurulatih yang dilantik iaitu Pn. Mozlina Osman. Antara pengisian program ialah aktiviti pengembaraan melihat dan mencintai alam sekitar, kemahiran ilmu Pandu Puteri dalam unit beruniform dan kemahiran wanita sebagai tonggak pimpinan keluarga. Secara keseluruhannya, aktiviti Perkhemahan Sehari ini telah berjaya memupuk semangat cintakan kebersihan dan alam sekitar di samping mengeratkan hubungan erat sesama ahli Pandu Puteri Siswi.