17 November 2018 (Sabtu) - Bertempat di Kompleks DK1, DK2 & BK9 Kampus Uniciti UniMAP, Perlis telah diadakan Program Young Mercy Outdoor Simulation 2018 dengan kerjasama Mercy Malaysia. Seminar ini melibatkan seramai 243 orang pelajar dan 3 orang jurulatih Young Mercy UniMAP. Program ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai persediaan dan keperluan dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan melalui latihan aktiviti membangunkan hospital lapangan bagi Pasukan Perubatan KEcemasan (Emergency Medical Team-EMT) dan juga pengurusan dalam menyampaikan sesuatu misi bantuan melalui aktiviti PEngurusan Logistik Bantuan Kemanusiaan (HLRM-Humanitarian Logistic Response Management). Selain dari itu, pelajar juga perlu mematuhi kod etika kemanusiaan antarabangsa (The International Humanitarian Code of Conduct) yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UnitedNation) dalam menjalankan sesuatu misi kemanusiaan.
Antara objektif program ini ialah melahirkan pelajar yang berkeupayaan untuk berkomunikasi, memimpin & bekerja dengan berkesan dalam satu pasukan. Serta berkeupayaan untuk belajar, menyedari potensi, berfikir & mengakses maklumat untuk membuat keputusan yang berkesan disamping memperkayakan pemahaman dalam dunia yang pelbagai.
a. Pengenalan kepada peranan Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) di Hospital Lapangan
b. Mengaplikasikan penggunaan Kod Etika Kemanusiaan di hospital lapangan.
c. Memahami dan mempelajari Pengurusan Logistik Bantuan Kemanusiaan (HLRM) dalam melaksanakan sesuatu misi HLRM.
d. Memberi pendedahan kepada pelajar aktiviti pemasangan khemah T20 yang menjadi komponen fizikal bagi hospital lapangan.