Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,
Butiran lanjut mengenai Klinik Bola Sepak adalah seperti berikut :
Tarikh : 15hb – 16hb Februari 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Padang Bola Sepak Kampus Kubang Gajah, Universiti Malaysia Perlis
Yuran : RM 30.00 (makan dan sijil penyertaan)
Jesteru, kami ingin mempelawa anak-anak Tuan/Puan untuk menyertai Klinik Bola Sepak ini.
Borang pendaftaran : https://forms.gle/A65cRVh2CZ99AJir8
Sebarang maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi En. Mohamad Shabudin (012-561 6012) atau En. Sazali (012-434 6494).
Sekian, terima kasih.
PUSAT KOKURIKULUM UniMAP
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Kampus Kubang Gajah,
02600 Arau
PERLIS
TEL (O) : 04-9798229 | FAX: 04-9798227
KUALA PERLIS, 6 Okt (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dipilih sebagai universiti pertama ditawarkan kursus kokurikulum baharu iaitu Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang dikelolakan sepenuhnya oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APMM Datuk Abdul Rahman Mohammad berkata, buat permulaan seramai 50 anggota kadet telah dipilih menyertai pasukan itu bagi sesi pengambilan September lepas. "Penubuhan PASKAM bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peranan dan fungsi APMM dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia (ZMM)," katanya selepas merasmikan PASKAM UniMAP di Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum UniMAP Dr Faizul Che Pa dan Pengarah Maritim Kedah/Perlis Laksamana Pertama Rozali Mohd Said. Beliau berkata pembelajaran kokurikulum itu yang bermula hari ini merangkumi latihan selama tiga bulan membabitkan teori seperti ceramah berhubung peranan dan tugas APMM serta aktiviti fizikal seperti latihan kawad dan latihan renang. "Antara pendedahan melalui kursus ini ialah membangunkan kemahiran dalam bidang kelautan seperti renang dan menyelamat serta kepentingan memelihara sumber laut,” katanya.
-- BERNAMA
https://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1650516
Welcome to Universiti Malaysia Perlis