Seramai 400 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak ketinggalan untuk bersama-sama menyertai Hari Sukan Negara di kampus Kubang Gajah pada 14 Oktober 2017. Pelbagai acara sukan melibatkan semua peringkat jurulatih dan pegawai kadet telah diadakan antaranya futsal, bola jaring dan bola tampar. Menurut Timbalan Komandan Palapes UniMAP, Lt. Kol. Prof. Dr. Zaliman Sauli, program yang diadakan itu mampu mewujudkan budaya bersukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif dalam kalangan warga Palapes.