Announcement

Announcement (3)

Friday, 07 February 2020 16:33

KLINIK BOLA SEPAK (7 HINGGA 12 TAHUN)

Written by

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan, 

 
TAWARAN MENYERTAI KLINIK BOLA SEPAK (7 HINGGA 12 TAHUN) OLEH PUSAT KOKURIKULUM, UniMAP
 
Pusat Kokurikulum UniMAP akan menganjurkan Klinik Bola Sepak yang melibatkan pelajar sekolah rendah sekitar negeri Perlis berumur 7 hingga 12 tahun.

 

Butiran lanjut mengenai Klinik Bola Sepak adalah seperti berikut :

 

Tarikh             : 15hb – 16hb Februari 2020 (Sabtu dan Ahad)

Masa               : 8.30 pagi – 10.30 pagi

Tempat           : Padang Bola Sepak Kampus Kubang Gajah, Universiti Malaysia Perlis

Yuran              : RM 30.00 (makan dan sijil penyertaan)

 

Jesteru, kami ingin mempelawa anak-anak Tuan/Puan untuk menyertai Klinik Bola Sepak ini.

 

Borang pendaftaran : https://forms.gle/A65cRVh2CZ99AJir8

 

Sebarang maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi En. Mohamad Shabudin (012-561 6012) atau En. Sazali (012-434 6494).

 

Sekian, terima kasih.

 

 

PUSAT KOKURIKULUM UniMAP

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 
Kampus Kubang Gajah,
02600 Arau 
PERLIS 
TEL (O)     : 04-9798229  |  FAX: 04-9798227

 

Thursday, 11 October 2018 11:50

UniMAP dipilih sebagai perintis PASKAM

Written by

KUALA PERLIS, 6 Okt (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dipilih sebagai universiti pertama ditawarkan kursus kokurikulum baharu iaitu Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang dikelolakan sepenuhnya oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APMM Datuk Abdul Rahman Mohammad berkata, buat permulaan seramai 50 anggota kadet telah dipilih menyertai pasukan itu bagi sesi pengambilan September lepas. "Penubuhan PASKAM bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peranan dan fungsi APMM dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia (ZMM)," katanya selepas  merasmikan PASKAM UniMAP di Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum UniMAP Dr Faizul Che Pa dan Pengarah Maritim Kedah/Perlis Laksamana Pertama Rozali Mohd Said. Beliau berkata pembelajaran kokurikulum itu yang bermula hari ini merangkumi latihan selama tiga bulan membabitkan teori seperti ceramah berhubung peranan dan tugas APMM serta aktiviti fizikal seperti latihan kawad dan latihan renang. "Antara pendedahan melalui kursus ini ialah membangunkan kemahiran dalam bidang kelautan seperti renang dan menyelamat serta kepentingan memelihara sumber laut,” katanya. 

-- BERNAMA 

 

http://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1650516

Thursday, 14 September 2017 14:01

Welcome to Universiti Malaysia Perlis

Written by

Welcome to Universiti Malaysia Perlis

News and Event

Latest