Thursday, 11 October 2018 11:50

UniMAP dipilih sebagai perintis PASKAM

Written by
Rate this item
(1 Vote)

KUALA PERLIS, 6 Okt (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dipilih sebagai universiti pertama ditawarkan kursus kokurikulum baharu iaitu Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda yang dikelolakan sepenuhnya oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APMM Datuk Abdul Rahman Mohammad berkata, buat permulaan seramai 50 anggota kadet telah dipilih menyertai pasukan itu bagi sesi pengambilan September lepas. "Penubuhan PASKAM bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peranan dan fungsi APMM dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia (ZMM)," katanya selepas  merasmikan PASKAM UniMAP di Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum UniMAP Dr Faizul Che Pa dan Pengarah Maritim Kedah/Perlis Laksamana Pertama Rozali Mohd Said. Beliau berkata pembelajaran kokurikulum itu yang bermula hari ini merangkumi latihan selama tiga bulan membabitkan teori seperti ceramah berhubung peranan dan tugas APMM serta aktiviti fizikal seperti latihan kawad dan latihan renang. "Antara pendedahan melalui kursus ini ialah membangunkan kemahiran dalam bidang kelautan seperti renang dan menyelamat serta kepentingan memelihara sumber laut,” katanya. 

-- BERNAMA 

 

http://www.bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1650516

Read 413 times Last modified on Thursday, 11 October 2018 12:02

News and Event

Latest