Sunday, 22 October 2017 10:52

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Siswa Siswi Koreksional ( SISKOR ) Siri 1/2017 Featured

Written by
Rate this item
(0 votes)

27 Ogos 2017 ( Ahad ) - Bertempat di Padang Kawad PULAPEN Perak, telah diadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Siswa Siswi Koreksional ( SISKOR ) Siri 1/2017 yang melibatkan 4 institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Utara Malaysia ( UUM ), universiti Sultan Zainal Abidin ( UNISZA ), Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP ) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ( UTHM ).

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar ( Ketua Pengarah Penjara Malaysia ) yang hadir bersama isteri YBhg. Datin Sri Hjh Noraini Binti Hj Man. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg. TKJP Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan & Koreksional)TKP Ku Nawawi bin Ku Hamid ( Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme ), Pengarah Penjara Negeri Perak, Pengarah-Pengarah Penjara Negeri, dan Pengarah-pengarah Institusi Penjara Zon Utara.

Penyerahan watikah serta pemakaian Pangkat Kehormat SISKOR kepada 18 orang penerima turut disampaikan pada majlis tersebut, seterusnya penyampaian Piala Pusingan SISKOR kepada peserta-peserta terbaik.

Penerima-penerima anugerah:

1. Piala KJP Anugerah Terbaik Keseluruhan : Nursyameza Binti Shaharan (UniMAP).

2. Piala TKJP (Pengurusan) Anugerah Terbaik Kepimpinan : Ziyan Farah Nurain Binti Zainodin (UNISZA)

3. Piala TKJP Keselamatan & Koreksional Anugerah Terbaik Kemahiran & Teknikal : Nurul Aini Binti Mohd Kamal (UTHM)

4. Piala Pengarah Pembangunan Profesionalisme Anugerah Terbaik Kesukarelawanan : Nurul Najiha Binti Kamarunzaman (UUM)

Read 1249 times Last modified on Thursday, 26 July 2018 11:50

News and Event

Latest