Sunday, 22 October 2017 10:21

Palapes UniMAP Sertai Gotong-royong Bersih Masjid Featured

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bagi memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan mahasiswa, seramai 400 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menyertai Program Jiwa Murni di Masjid Al-Rahmaniah di pada 20 Oktober 2017. Program dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu melibatkan aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan serta keceriaan landskap masjid melalui aktiviti mengecat dan baik pulih kemudahan asas. Pada program tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP dan Yang Dipertua MAIPs turut berkenan mencemar duli berangkat merasmikan program Jiwa Murni Palapes Unimap itu.

Read 536 times Last modified on Sunday, 22 October 2017 10:23

News and Event

Latest