Sunday, 22 October 2017 10:15

400 Palapes UniMAP Sertai Hari Sukan Negara Featured

Written by
Rate this item
(0 votes)

Seramai 400 anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak ketinggalan untuk bersama-sama menyertai Hari Sukan Negara di kampus  Kubang Gajah pada 14 Oktober 2017. Pelbagai acara sukan melibatkan semua peringkat jurulatih dan pegawai kadet telah diadakan antaranya futsal, bola jaring dan bola tampar. Menurut Timbalan Komandan Palapes UniMAP, Lt. Kol. Prof. Dr. Zaliman Sauli, program yang diadakan itu mampu mewujudkan budaya bersukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif dalam kalangan warga Palapes.

Read 496 times Last modified on Sunday, 22 October 2017 10:20

News and Event

Latest