Wednesday, 04 March 2020 15:51

PROGRAM SENTUHAN KASIH Featured

Written by xie_xanna85
Rate this item
(0 votes)

TERATAK RAHMAH,JALAN MATA AYER,PERLIS

22 FEBRUARI 2020

Program ini dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim ini juga merupakan sebahagian daripada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni.Mereka juga merupakan waris yang akan menggerakkan negara pada masa depan.Selain daripada itu mereka juga merupakan golongan yang kurang bernasib baik yang tidak mempunyai sebuah keluarga yang lengkap.Program yang dianjurkan oleh pelajar Diploma UniMAP dari kursus Kokurikulum Bulan Sabit Merah  Malaysia ini diadakan untuk memenuhi 7 prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia iaitu Kemanusiaan,Kesaksamaan,Berkecuali,Kebebasan,Sukarelawan,Bersatu dan Kesejagatan.Seramai 80 orang pelajar yang terlibat dalam program ini dan diiringi oleh seorang jurulatih iaitu Puan Noormiza Binti Che Din.Seramai 50 orang anak-anak yatim di Teratak Rahmah telah disantuni dengan beberapa aktiviti yang menarik.

 

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kawasan sekitar,acara sukaneka dan acara Bantu Mula.Penerangan dari ahli-ahli  BSMM tentang Bantu Mula adalah terdiri daripada cara-cara menyelamatkan nyawa,mengelak kecederaan lebih serius dan cara medapatkan bantuan awal perubatan.Peralatan perubatan yang mudah di dalam First Aid Kit diperkenalkan kepada anak-anak yatim Teratak Rahmah.Demo balutan luka pada bahagian tubuh juga ditunjukkan.

 

Program ini dapat membina semangat dan kerjasama yang erat antara ahli-ahli BSMM dan anak-anak yatim serta dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan sahsiah.

Read 11 times Last modified on Wednesday, 04 March 2020 16:56

News and Event

Latest