Wednesday, 04 March 2020 11:59

EXPLORASI X-TREAM V2.0 BRIGED BOMBA DIPLOMA

Written by xie_xanna85
Rate this item
(0 votes)

SABTU,22 FEBRUARI 2020

Ahli Briged Bomba UniMAP (Diploma) telah mengadakan Program Eksplorasi X-Tream v2.0 pada 22 Februari 2020 yang lalu bertempat di Balai Bomba Arau,Perlis.Seramai 85 orang pelajar terlibat dalam program itu.Program yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi itu berakhir pada pkl 2.30 petang.

 

Antara aktiviti X-Tream yang dijalankan adalah Repelling,Fire Fighter Rescue,Fire Fighter Challenge dan Kawad Formasi.Peserta dipecahkan kepada 12 kumpulan kecil yang terdiri daripada 7 orang setiap kumpulan.Aktiviti ini dikendalikan dibawah pengawasan jurulatih briged bomba iaitu Tuan Muhammad Syukri Bin Madzuki.Melalui aktiviti ini,para peserta bukan sahaja dapat mempelajari cara-cara penggunaan tali,penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas,cara menurun yang curam malahan peserta juga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut.

 

Dengan adanya program sebegini pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam keadaan getir dan dapat melaksanakan segala arahan yang diberikan dengan semangat kerjasama antara individu.

Read 8 times Last modified on Wednesday, 04 March 2020 15:51

News and Event

Latest