Wednesday, 04 March 2020 09:23

SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA (KEPIMPINAN) Featured

Written by xie_xanna85
Rate this item
(0 votes)

Pada 15 Februari 2020 yang lalu Kumpulan Latihan Pengakap Kelana (KLKM Diploma) UniMAP telah mengadakan Kursus Kepimpinan dalam Pengurusan Acara.Acara yang dipertandingkan adalah futsal dan badminton.

 

Seramai 82 orang pelajar telah terlibat dalam pengurusan acara ini.Acara ini telah dijalankan di R7 Futsal,Mata Ayer,Perlis pada hari Sabtu jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.Peserta diagihkan kepada krew kecil bagi memudahkan  pelaksanaan aktiviti.Peserta diberi penerangan oleh jurulatih tentang syarat-syarat pertandingan dan sebagainya.Setelah selesai aktiviti,pelajar perlu membentangkan laporan aktiviti yang telah dilaksanakan untuk penilaian pemarkahan.

 

Kursus ini juga membantu para pelajar untuk menguasai pelbagai kemahiran dan kepimpinan pengakap khususnya dalam Skim Latihan Pengakap Kelana.Secara tidak langsung para pelajar dapat menerapkan nilai-nilai kepimpinan sebenar dan dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam pelbagai acara termasuk bersukan.

Read 11 times Last modified on Wednesday, 04 March 2020 10:22

News and Event

Latest