Wednesday, 22 January 2020 11:07

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT "YOU'RE SPECIAL" Featured

Written by xie_xanna85
Rate this item
(0 votes)

KANGAR,18 JANUARI 2020

 

 Pelajar Pandu Puteri Diploma UniMAP telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat yang bertemakan "You're Special" kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mak Teh Cawangan Negeri Perlis dengan kerjasama penduduk Taman Sembilang.Seramai 45 orang pelajar Pandu Puteri yang diiringi seorang jurulatih telah mengatur beberapa aktiviti untuk anak-anak yatim Rumah Kebajikan Mak Teh.

 

 Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 8-10 orang.Terdapat 4 stesen untuk setiap aktiviti yang dijalankan antaranya ialah Ice breaking,Sukaneka Permainan Tradisional,Gotong Royong dan Slot Motivasi bertajuk 'Muhasabah'.Para peserta menunjukkan minat dan memberi kerjasama yang baik.Selepas berhenti rehat acara penyampaian hadiah dijalankan.Pelbagai hadiah menarik dan cenderahati telah diberikan untuk setiap aktiviti yang dijalankan beserta sumbangan wang tunai daripada kutipan penduduk Taman Sembilang. 

 

 Program Khidmat Masyarakat ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif dengan jayanya.Program sebegini telah meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran kepada semua peringkat yang terlibat dan sekaligus mengharumkan nama universiti dalam melahirkan mahasiswi yang mempunyai nilai kasih sayang terhadap golongan yang kurang bernasib baik,semangat berpasukan yang tinggi,pendedahan mengurus dan merangka serta melaksanakan projek dengan sempurna dan jayanya serta dapat berbakti kepada masyarakat dengan memahami peranan serta tanggungjawab masing -masing.

Read 54 times Last modified on Wednesday, 22 January 2020 11:30

News and Event

Latest