Tuesday, 14 January 2020 16:06

SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA KEPIMPINAN ( PENGURUSAN ACARA) & PENGEMBARAAN ( ROAD TO PENANG ) Featured

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Sabtu (04 Januari 2020)

Seramai 82 orang pelajar Diploma dari Kumpulan Latihan Kelana Siswa Malaysia (KLKM) telah membuat pengembaraan "Road To Penang" bagi melengkapkan Skim Latihan Pengakap Kelana dalam Kursus Kepimpinan (Pengurusan Acara & Pengembaraan).

Pelajar telah diagihkan kepada krew kecil bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti.Pengembaraan bermula dengan menaiki keretapi dari stesen Keretapi Arau,Perlis dan seterusnya menaiki feri di Butterworth untuk sampai ke destinasi (Armenian Street,Pulau Pinang).

Skim Latihan sebegini membantu para pelajar untuk menguasai pelbagai kemahiran,perkhidmatan dan kepimpinan pengakap kelana.Pengembaraan ini secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas serta mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang kuat.Pelajar juga dapat menimba ilmu pengetahuan yang baru dalam perkhidmatan dan kepimpinan pengakap kelana.

Read 110 times Last modified on Tuesday, 14 January 2020 16:46

News and Event

Latest