Monday, 29 April 2019 15:57

Aktiviti Gotong-Royong Di Sekolah Featured

Written by
Rate this item
(0 votes)

ARAU, PERLIS - Seramai 42 orang pelajar yang mendaftar kursus kokurikulum Khidmat Masyarakat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengadakan Program Gotong-Royong pada 16 Mac & 13 April 2019 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad, Arau, Perlis. Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah mengecat dinding sekolah, membersih dan menceriakan kawasan sekolah. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat jati diri dalam diri pelajar serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar universiti dan pihak sekolah. Program ini dibimbing oleh jurulatih yang dilantik iaitu Puan Normawati Ishak.

 

 

Read 184 times Last modified on Monday, 29 April 2019 16:33

News and Event

Latest