Piagam Pelanggan Pusat Kokurikulum UniMAP adalah :

1) Memberi peluang kepada pelajar di UniMAP melibatkan diri dalam pelbagai kursus kokurikulum melalui kegiatan kebudayaan, sukan, khidmat komuniti, kesukarelawanan, pengucapan awam, keusahawanan, kepimpinan dan daya usaha & inovasi.

2) Meningkatkan keterampilan pelajar melalui penerapan Kemahiran Insaniah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Kokurikulum.

3) Memastikan pelaksanaan Kursus Kokurikulum berkredit memenuhi keperluan lapan (8) teras utama yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. 

4) Menyediakan khidmat jurulatih yang bertauliah serta kemudahan peralatan kokurikulum yang memenuhi spesifikasi untuk pengajaran dan pembelajaran. 

5) Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, mesra, cekap dan tepat kepada pelanggan.

News and Event

Latest